Feb 25, 2009

CPS bersama A.Samad Said


Sepagi bersama Pak Samad membawa satu arti baru di dalam diri ini. Walaupun diriku akan menjadi seorang guru bahasa Inggeris, tetapi untuk hari ini, aku mahu melestarikan bahasa aku. Setiap tutur kata beliau benar-benar membuat aku terpanggil untuk mendalami benak akalku yang paling asal, benak asal bermula aku berkata, benak asal aku bermula bicara. Ada apa pada bahasa? Ada apa pada kata-kata? aku tertanya sendiri. Ada diri dalam bahasa, ada adat dalam kata-kata.

"saya mahu jadi manusia yang tidak bermuka-muka, punya dua telinga, dan satu lidah,bukan satu telinga dan dua lidah"
A.Samad Said, 25 Februari 2009

No comments:

Post a Comment